Kali ini saya tertarik kepada isu
spool click sound.
Spool click tiada bunyi atau kadang-kadang patah merupakan isu yang pernah diutarakan oleh pelanggan, pembeli atau kaki pancing sendiri. Sebelum kite pergi lebih jauh tentang
spool click sound ini, baik kite teliti fungsi dan rekabentuk
spool click itu sendiri.
Spool click sound terhasil apabila
spool berpusing. Bunyi ini datang dari
cliker/drag click yang dipasang pada bahagian dalam
spool. Drag click atau
clicker atau bersentuh dengan spool support iaitu yang biasenya berbentuk seperti gear atau bergerigi. Fungsi komponen ini ialah untuk memberikan bunyi apabila tali/
line ditarik keluar dari
spool terutamanya ketika umpan disambar hasil tangkapan. Kebanyakan kaki pancing yang saya tanya kebiasaanya berasa kurang syok jika tiada bunyi apabila
line keluar dari
spool.Bagi
Engineer/Designer, parameter yang perlu dijaga dalam penghasilan atau rekabentuk
spool click sound ini ialah ia memerlukan bunyi yang kuat tetapi tahan lasak. Oleh itu, para
engineer atau
designer perlu membuat kajian dalam rekabentuk klik itu sendiri disamping faktor-faktor lain seperti
material atau bahan yang digunakan.
Terdapat berbagai-bagai rekabentuk
clicker ini. Antara nya ialah;
1) Metal Clicker enggages with Metal Spool Support.Gambar 1 : Gambar di atas menunjukkan rekabentuk
clicker metal vs metal.
Untuk
design ni,
clicker boleh bergerak ke kiri dan ke kanan, bermakna,
spool akan mengeluarkan bunyi walaupun
spooldipusingkan mengikut lawan jam atau ikut jam. Bunyi yang dihasilkan oleh
design ini agak kuat tetapi kombinasi antara jarak
clicker dan
spool support atau jarak bersentuhan amat kritikal. Kalau terlebih jarak bersentuhanya, maka
clicker cepat patah. Spring juga memainkan peranan penting, kalau terkuat
stiffnessnya, sound akan kuat tetapi
clicker akan cepat patah. Oleh itu,
customer sebenarnya boleh
adjust stiffness spring dengan mengubah sedikit sudut spring tersebut menggunakan
long nose ataupun playar muncung tirus. Kebanyakan
design clicker ini digunakan oleh model-model
middle rank dan
low rank kerana part yang terlibat dalam system ini hanyalah beberapa
part dan agak murah.
Tips penjagaan clicker.Bagi
spool click, kaedah untuk memastikan
spool click tahan lama ialah sentiasa
apply grease pada bahagian spring atau
punch areasupaya geseran antara clicker dan punch rod adalah minimum. Sebenarnya tahap ketahanan sesebuah
clicker ada hadnya,
clicker ini telah diuji pada kelajuan pusingan
spool tertentu sehingga ia mampu untuk bertahan dalam jangkamasa yang dikehendaki atau spec. Oleh itu, adalah amat penting
drag setting dilakukan dengan betul supaya
spool click tidak berada dalam kedaan halaju yang tinggi dalam jangkamasa yang lama melainkan hasil tangkapan yang diperolehi adalah begitu besar dan drag tidak mampu untuk menahannya dan menyebabkan
spool berupusing dengan halaju tinggi.
2) Metal clicker engages with plastics spool support.Gambar 2 :
Spool click system yang bersepadu dengan
system drag.Rekabentuk ini banyak digunakan oleh model-model yang agak mahal seperti Shimano Stella kerana tahap ketahanannya yang agak tinggi serta bunyinya yang balance dan konsisten. Kebiasaannya bunyi
spool click untuk rekabentuk seperti ini adalah dalam satu arah pusingan sahaja iaitu pusingan semasa line keluar dari
spool. Komponen yang terlibat dalam system ini juga agak banyak. Untuk tips penjagaan, boleh dikatakan design ini free maintenance kecuali perlu dibersihkan jika terdapat pasir atau bendasing lain yang ketara.
3) Spring type spool support.Gambar 3 : Spring type Spool Support.
Rekabentuk seperti ini juga banyak digunakan terutamanya pada kebanyakan model-model Daiwa. Bunyi yang dihasilkan adalah sekata dan tahap ketahanannya juga adalah baik. Bunyi akan terhasil dengan kedua-dua arah pusingan
spool iaitu samaada tali keluar ataupun masuk. Rekabentuk seperti ini juga boleh dikatakan
free maintenance. Cuma jika terdapat bendasing atau pasir pada spring, barulah pemancing perlu membersihkannya.
Secara kesimpulannya, kesemua
spool click system mepunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri tetapi semua ini bergantung kepada parameter yang perlu dijaga iaitu permintaan pembeli yang inginkan bunyi yang kuat dan tahan lama, manakala constrain yang dihadapi ialah rekabentuk
clicker, material, engagement distancedan
cost.Walaubagaimanapun, bagi pihak pembeli kaedah untuk memastikan
spool click tahan lebih lama ialah memastikan ia sentiasa bersih iaitu bebas bendasing, pasir atau karat. Kaedahnya ialah selalu melakukan maintenance dengan
apply grease dan
oil pada bahagian tertentu dalam system spool click tersebut.