Thursday, 28 March 2013

tips penjagaan dan pemilihan reel.

Spool Click Sound

Kali ini saya tertarik kepada isu spool click soundSpool click tiada bunyi atau kadang-kadang patah merupakan isu yang pernah diutarakan oleh pelanggan, pembeli atau kaki pancing sendiri. Sebelum kite pergi lebih jauh tentang spool click sound ini, baik kite teliti fungsi dan rekabentuk spool click itu sendiri.

Spool click sound terhasil apabila spool berpusing. Bunyi ini datang dari cliker/drag click yang dipasang pada bahagian dalam spool. Drag click atau clicker atau bersentuh dengan spool support iaitu yang biasenya berbentuk seperti gear atau bergerigi. Fungsi komponen ini ialah untuk memberikan bunyi apabila tali/line ditarik keluar darispool terutamanya ketika umpan disambar hasil tangkapan. Kebanyakan kaki pancing yang saya tanya kebiasaanya berasa kurang syok jika tiada bunyi apabila line keluar dari spool.

Bagi Engineer/Designer, parameter yang perlu dijaga dalam penghasilan atau rekabentuk spool click sound ini ialah ia memerlukan bunyi yang kuat tetapi tahan lasak. Oleh itu, paraengineer atau designer perlu membuat kajian dalam rekabentuk klik itu sendiri disamping faktor-faktor lain seperti material atau bahan yang digunakan.

Terdapat berbagai-bagai rekabentuk clicker ini. Antara nya ialah;

1) Metal Clicker enggages with Metal Spool Support.


Gambar 1 : Gambar di atas menunjukkan rekabentuk clicker metal vs metal.

Untuk design ni, clicker boleh bergerak ke kiri dan ke kanan, bermakna, spool akan mengeluarkan bunyi walaupun spooldipusingkan mengikut lawan jam atau ikut jam. Bunyi yang dihasilkan oleh design ini agak kuat tetapi kombinasi antara jarakclicker dan spool support atau jarak bersentuhan amat kritikal. Kalau terlebih jarak bersentuhanya, maka clicker cepat patah. Spring juga memainkan peranan penting, kalau terkuat stiffnessnya, sound akan kuat tetapi clicker akan cepat patah. Oleh itu, customer sebenarnya boleh adjust stiffness spring dengan mengubah sedikit sudut spring tersebut menggunakan long nose ataupun playar muncung tirus. Kebanyakan design clicker ini digunakan oleh model-model middle rank dan low rank kerana part yang terlibat dalam system ini hanyalah beberapa part dan agak murah.

Tips penjagaan clicker.

Bagi spool click, kaedah untuk memastikan spool click tahan lama ialah sentiasa apply grease pada bahagian spring atau punch areasupaya geseran antara clicker dan punch rod adalah minimum. Sebenarnya tahap ketahanan sesebuah clicker ada hadnya, clicker ini telah diuji pada kelajuan pusingan spool tertentu sehingga ia mampu untuk bertahan dalam jangkamasa yang dikehendaki atau spec. Oleh itu, adalah amat penting drag setting dilakukan dengan betul supayaspool click tidak berada dalam kedaan halaju yang tinggi dalam jangkamasa yang lama melainkan hasil tangkapan yang diperolehi adalah begitu besar dan drag tidak mampu untuk menahannya dan menyebabkan spool berupusing dengan halaju tinggi.


2) Metal clicker engages with plastics spool support.


Gambar 2 : Spool click system yang bersepadu dengan system drag.

Rekabentuk ini banyak digunakan oleh model-model yang agak mahal seperti Shimano Stella kerana tahap ketahanannya yang agak tinggi serta bunyinya yang balance dan konsisten. Kebiasaannya bunyi spool click untuk rekabentuk seperti ini adalah dalam satu arah pusingan sahaja iaitu pusingan semasa line keluar dari spool. Komponen yang terlibat dalam system ini juga agak banyak. Untuk tips penjagaan, boleh dikatakan design ini free maintenance kecuali perlu dibersihkan jika terdapat pasir atau bendasing lain yang ketara.

3) Spring type spool support.


Gambar 3 : Spring type Spool Support.

Rekabentuk seperti ini juga banyak digunakan terutamanya pada kebanyakan model-model Daiwa. Bunyi yang dihasilkan adalah sekata dan tahap ketahanannya juga adalah baik. Bunyi akan terhasil dengan kedua-dua arah pusingan spool iaitu samaada tali keluar ataupun masuk. Rekabentuk seperti ini juga boleh dikatakan free maintenance. Cuma jika terdapat bendasing atau pasir pada spring, barulah pemancing perlu membersihkannya.

Secara kesimpulannya, kesemua spool click system mepunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri tetapi semua ini bergantung kepada parameter yang perlu dijaga iaitu permintaan pembeli yang inginkan bunyi yang kuat dan tahan lama, manakala constrain yang dihadapi ialah rekabentuk clicker, material, engagement distancedan cost.

Walaubagaimanapun, bagi pihak pembeli kaedah untuk memastikanspool click tahan lebih lama ialah memastikan ia sentiasa bersih iaitu bebas bendasing, pasir atau karat. Kaedahnya ialah selalu melakukan maintenance dengan apply grease dan oil pada bahagian tertentu dalam system spool click tersebut.

WEDNESDAY, APRIL 13, 2011

Tips 3 Pemilihan Fishing Reel

Memang sudah lama saya tidak menjenguk blog saya nie..Kali ini saya ingin menyambung kembali tips pemilihan mesin pancing.

Antara faktor penting yang lain yang perlu dititiberatkan semasa memilih mesin pancing ialah Line Roller System. Bagi kebanyakan model sekarang, penggunaan ball bearing di Line Roller memang sudah tidak asing lagi.


Gambar 1 : Gambar di atas menunjukkan model yang mempunyaiBall Bearing.



Gambar 2: Gambar di atas pula menunjukkan line roller yang tidak menggunakan ball bearing.

Daripada kedua-dua gambar ini, pembeli sebenarnya dapat mengenal pasti dengan mudah diantara line roller yang mempunyai ball bearingatau tidak.

Kaedah pemeriksaan line roller bagi mengetahui ia baik atau pun tidak ialah dengan menggunakan kad tidak kira kad bank, kad kredit, ataupun kertas yang agak keras. Lalukan kad atau kertas keras tersebut di atas line roller. Kaedahnya adalah seperti tali lalu di atasline roller ketika dalam keadaan memancing yang sebenar.
Kad atau kertas keras tadi hendaklah digerak kedepan dan kebelakang. Jika line roller tadi tidak berpusing atau berpusing dengan keadaan tersekat-sekat, maka terdapat masalah dengan sistem line roller tersebut.

Antara permasalahannya ialah berkemungkinan Ball Bearing rosak atau berkarat atau pemasangan sistem line roller tersebut yang tidak baik.

TUESDAY, JANUARY 4, 2011

Tips 2 Pemilihan Fishing Reel

Kali ini saya hanya ingin berkongsi teknik pemeriksaan sesebuah mesin pancing sebelum kita membelinya. Selepas kita sudah meneliti segala spec dan feature yang telah di paparkan di kotak ataupunexplode viewnya, langkah kedua ialah appearance checking.Pemeriksaan appearance nie hanya untuk bahagian luaran sahaja sama ada terdapat crack(retak). Untuk scratch atau dented, itu terpulang kepada pembeli sama ada untuk menilainya sebagai defectatau tidak.

Selepas appearance checking, langkah seterusnya ialah function checking. Kali ini, saya hanya memaparkan beberapa teknik pemeriksaan fungsi sesebuah mesin pancing. Fungsi pertama yang biasa diperiksa atau diuji ialah Handle Rotation. Edisi kali ini lebih menekankan kepada pemilihan Spinning Reel.


Langkah Pertama;

Gambar di atas menunjukkan cara reel dipegang untuk diperiksa.

Reel hendaklah dipegang seperti dalam keadaan memancing yang sebenar. Jika boleh dipasangkan pada rod, pemeriksaan menjadi lebih efektif. Jika keadaan tidak mengizinkan, reel dipegang seperti dalam gambar di atas tetapi tanpa rod. Itu sudah mencukupi.

Langkah Kedua;

Gambar menunjukkan kedudukan reel yang mendatar.

Dengan kedudukan reel yang mendatar, pusingkan handle dengan perlahan-lahan atau sesekali dalam keadaan laju. Ini dipanggilRotation Feeling Test, pembeli akan dapat merasai gear matchingsama ada lembut atau kasar. Jika rotation terasa kasar, cuba tekan masuk handle kearah body semasa memusingkan handle adakah gear feeling itu berubah. Jika berubah bermakna masalah gear kasar tadi hanya berpunca dari looseness gear. Penyelesaiannya adalah dengan menambah washer dia atas drive gear. Jika Rotation itu masih kasar, walaupun sudah ditambah washer, ini bermakna permukaan gear mesin pancing tersebut memang mempunyai masalah. Di samping cuba merasai gearnya, pembeli dinasihatkan untuk turut memerhati sama ada spoolnya bergerak ke atas dan ke bawah ataupun tidak.

Langkah Ketiga;

Gambar menunjukkan kedudukan reel dalam 45 darjah.

Pusingkan handle dengan keadaan reel 45 darjah seperti dalam gambar di atas. Ini adalah untuk memastikan pusingan reel adalah dalam keadaan normal bile berkedudukan seperti keadaan memancing yang sebenar. Terdapat kes-kes dimana pusingan handleadalah normal jika reel dalam keadaan mendatar, tetapi akan mengeluarkan bunyi bile handle dipusing dengan kedudukan reel 45 darjah.

Langkah Keempat;

Gambar menunjukkan kedudukan reel secara menegak atau 90 darjah.

Langkah terakhir bagi pemeriksaan handle rotation ialah memusingkan handle dengan keadaan reel tegak 90 darjah seperti dalam gambar di atas. Langkah ini adalah untuk pemeriksaanoscillating system. Semasa handle dipusing, terdapat sesetangah kes ia akan menghasilkan bunyi. Bunyi ini biasanya terhasil daripadaoscillating system. Penyelesaiannya adalah dengan meletakkangrease pada oscillating gear ataupun worm shaft bergantung kepadasystem yang diguna pakai oleh sesebuah mesin pancing. Selain daripada itu, masalah lain yang akan timbul dengan langkah ini ialah pusingan akan menjadi berat ketika spool berkedudukan paling atas atau paling bawah. Ini menunjukkan terdapat masalah pada oscillating system tersebut.

MONDAY, JANUARY 3, 2011

Tips 1 Pemilihan Fishing Reel

Salam Tahun Baru 2011 semua, Semoga tahun baru ini membawa seribu kejayaan dan kebahagian kepada semua. Memulakan tahun baru 2011 ini, saya ingin berkongsi beberapa tips pemilihan mesin pancing yang baik. Mungkin ramai dikalangan kaki pancing sudah begitu pakar dalam menilai tahap sesebuah mesin pancing, bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia pancing, diharap artikel ini dapat membantu.
Penilaian pertama yang perlu dilakukan selepas mengetahui harga sesebuah mesin pancing ialah spesifikasi sesebuah mesin pancing tersebut. Spec ini boleh diketahui dengan membaca segala maklumat yang ditulis di permukaan luar kotak mesin pancing tersebut.


Gambar di atas menunjukkan contoh kotak mesin pancing. Segala maklumat yang dinyatakan dikotak tersebut boleh dijadikan panduan dalam memilih mesin pancing yang sesuai dengan pemancing.

Maklumat yang perlu diteliti ialah:

1) Gear Ratio
Gear ratio atau dalam bahasa melayunya nisbah gear adalah gear ratio antara drive gear dengan pinion gear atau dalam bahasa mudahnya antara pusingan handle mesin pancing dengan pusinganrotor yang akan menyusun line pada spool. Sebagai contoh 5.0:1, ia bermaksud 1 pusingan handle akan bersamaan 5 kali pusingan rotoryang akan menyusun line kedalam spool. Oleh itu, jika terdapat pilihan antara 5.0:1 dan 4.0:1, pemancing perlu bijak memilih mesin pancing yang sesuai untuknya. 5.0:1 akan menghasilkan pusinganrotor yang lebih laju berbanding 4.0:1. Kebiasaannya gear ratio yang tinggi adalah untuk top fishing manakala gear ratio yang rendah pula adalah untuk bottom fishing.

2) Drag Force
Perkara kedua yang perlu dinilai ialah Drag Force. Ia bermaksud berapa kuat spool tersebut boleh menahan daya tarikan ikan, sebelum ia berpusing dan tali akan keluar dari spool. Kebiasaannya,drag force yang tinggi akan menjadi pilihan. Walaubagaimanapun, kita perlu menila secara keseluruhan, walaupun drag force tinggi, tetapi jika body mesin pancing tersebut diperbuat daripada plastik atau bahan yang tidak kuat, ini cukup membahayakan pemancing kerana tarikan ikan yang kuat boleh menyebabkan body mesin pancing pecah dan mencederakan pemancing.

3) Weight (berat mesin pancing)
Weight atau berat mesin pancing biasanya dipaparkan di bahagian luar kotak. Weight yang dipaparkan adalah nilai purata berat mesin pancing tersebut tanpa tali (line), bermakna beratnya mungkin sedikit lebih tinggi atau kurang dari berat yang dipaparkan diluar kotak. Kebiasaanya berat mesin pancing tanpa tali adalah +/- 5 gram dari nilai berat yang dipaparkan. Mesin pancing yang lebih ringan akan menjadi pilihan pemancing.

4) Bilangan Ball Bearing
Bilangan ball bearing yang terdapat didalam sesebuah mesin pancing juga perlu diambil kira. Bilangan bearing ini akan menghasilkan pusingan serta pergerakan handle, rotor, spool dan line roller yangsmooth. Semakin banyak bilangan ball bearing, semakin baik sesebuah mesin pancing. Bilangan ball bearing ini boleh dipastikan dengan merujuk kepada exploded view yang kebiasaanya disertakan bersama-sama mesin pancing didalm kotak.


Contoh Exploded View yang biasa terdapat dipasaran.

5) Stopper System
Stopper system terdapat dalam beberapa jenis, terdapat dari jenisratchet, 20 point stopper system ataupun roller bearing atau lebih dikenali sebagai roller clutch bagi jenama Shimano. Stopper systemyang paling baik sehingga kini adalah dari jenis roller clutch atauroller bearing. Ini kerana ia tidak memberi walaupun sedikit ruang untuk rotor bergerak kebelakang. Jenis stopper system ini boleh diperiksa melalui infomasi yang dipaparkan di kotak ataupun daripada maklumat bilangan bearing. Kebiasaanya bilangan bearing akan dinyatakan seperti 10BB 1RB, ini bermakna mesin tersebut mempunya 10 ball bearing dan 1 roller bearing. Roller bearing ini merujuk kepada stopper system tersebut.

SUMBER DIPEROLEHI DARI KEJURUTERAAN PANCING.BLOGSPOT.COM

No comments:

Post a Comment