Tuesday 26 February 2013

Pertandingan Memancing Putrajaya 24 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengujung-pengunjung blog saya. pertama sekali saya memohon maaf kerana inilah kali pertama saya post aktiviti saya di blog saya dan perlu banyak mempelajari tentang cara-cara untuk memantapkan diri dalam bidang blog ni

Ok bagi semua kaki pancing mesti tahu wetland ataupun tasik buatan di Putrajaya kan. Bagi yang belum lagi tahu rahsia tasik Putrajaya ni akan saya beritahu. Tasik Putrajaya ini amat sesuai bagi kaki pancing untuk memancing serta membawa keluarga untuk berkelah. Di dalam tasik Putrajaya ini mengadungi pelbagai spesis ikan dan ada ikan yang boleh di katakan tahap Mega ataupun boleh dikatakan juga lubuk ikan besar.




Pada tanggal 24 Februari 2013  yang lepas iaitu pada hari Ahad telah berlangsung satu sirkit pertandingan memancing anjuran Perbadanan Putrajaya di Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya. Dimana pemenang pertama akan membawa wang tunai RM7000.00. Pemenang pertandingan tersebut merupakan seorang pekerja kilang yang berjaya menaikkan seekor Tenggalan seberat 3.79KG. berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya ditangkap oleh seorang rakan.



















Bagi spesis ikan Toman pula pihak perbadanan akan memberikan kepada sesiapa yang berminat, ini disebabkan usaha dalam mengurangkan spesis Toman di dalam tasik ini kerana Spesis ikan Toman ini akan mengancam spesis ikan yang lain dari membiak.


 Beruntung brother dalam gambar di atas kerana telah diberi oleh pihak perbadanan untuk beliau membawa balik ikan Toman tersebut. Amacam besar tak ikan toman tersebut. Akhir sekali dari saya maaf di pohon kalau ada dan silap semasa menulis blog ini kerana saya baru belajar menggunakan blog dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari.

Lihatlah Kengkawan Betapa Indahnya Ciptaan Allah Di Muka Bumi Ini.

No comments:

Post a Comment