Disini saya ingin berkongsi beberapa petua dimana saya perolehi
daripada pengalaman saya dan juga beberapa kaki pancing lain. Apa yang saya
kongsikan ini hanya boleh dijadikan rujukan sahaja dan saya tidak mengalakkan
para sahabat untuk mengikut apa petua yang saya perolehi ini. semua rezeki
datangnya dari allah s.w.t.
Mulut
Pantang Larang Paling Utama Dalam Aktiviti Memancing,
Mulut Jangan Cakap Besar, Takbur, Celupar Dan Suka Menyumpah. Jangan Suka
Menegur Sesuatu Yang Tidak Pasti Seperti. Bau Wangi Dan Sebagainya. Mulut
Jangan Terlalu Suka Berjenaka Dan Bersenda Gurau Berlebihan Ditakuti Suka Akan
Membawa Duka.
Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk Mengelakan Ikan Daripada Busuk Jika Kita Tidak
Mempunyai Kelengkepan, Ikan Itu Perlu Disiang Dan Dibuang Segala Isi Perut,
Tahi, Dan Sisiknya. Tapi Ingat Ikan Berkenaan Tidak Boleh Dibasuh Dengan Air.
Selepas Disiang, Biarkan Ikan Berkenaan Berdarah Lalu Dibalut Dengan Kertas
Surat Kabar Seekor Demi Seekor (Usah Dicampur 2-3 Ekor Sebungkus). Selepas Itu
Letakkan Bungkusan Itu Pada Tempat Yang Teduh. Ikan Berkenaan Akan Tetap Segar
Walaupun Dibungkus Selama 24 Jam.
Daun Sireh @ Tembakau Rokok
Kita Sering Mendengar Pemancing Akan Menghadapi
Masaalah Menaikkan Ikan Pari Bila Ia Melekap Di Pasir. Caranya Mudah Gunakan
Daun Sireh Atau Tembakau Rokok (Dibasahkan) Lalu Digosok Pada Tali Pancing
Hingga Berbunyi. Ikan Pari Akan Rasa Ngilu Dan Serta Merta Melepaskan
Lekapannya Pada Pasir.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan Membawa Sebarang Makanan Berdarah Seperti
Daging Atau Ayam Semasa Memancing. Begitu Juga Jangan Sesekali Membawa Bekalan
Telur Rebus Dan Pulut Kuning. 'Laut Tempatnya Keras, Kedua-dua Makanan Itu Ada
Kaitan Dengan Amalan Membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung
Jika Memancing Di Sungai Dipercayai Ada Buaya, Jangan
Gunakan Umpan Tepung Yang Digaul Dengan Kunyit. Buaya Tidak Suka Bau Kunyit Dan
Ia Boleh ‘Mengamuk’ Dan Ini Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Pemancing.
Tersesat Di Dalam Hutan
Jika Kita Tersesat Di Dalam Hutan Semasa Memancing
Dan Tidak Menjumpai Jalan Pulang, Cubalah Petua Ini, Telanjang Dan Buang Air
Kecil, Selepas Itu Ambil Tanah Di Antara Tapak Kaki Anda Dengan Tempat Membuang
Air Kecil Tadi Dan Bawalah Sepanjang Jalan. Insya-allah Jalan Pulang Akan
Ditemui.
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan Setiap Kali Keluar Rumah Untuk Memancing
Mestilah Memberitahu Isteri Atau Keluarga. Pastikan Semua Tanggungjawab Dan
Urusan Telah Dibereskan Sebelum Pergi. Jangan Meninggalkan Masaalah Di Rumah,
Termasuk Dengan Anak-anak. Bila Ini Dibereskan Hati Pun Tenang Semasa Memancing
Dan Mungkin Berkat Doa Mereka Anda Mendapat Hasil Yang Baik..Insyaallah.
Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun Yang Dibeli Untuk Memancing Biasanya Mudah
Mati Dan Busuk Jika Anda Tidak Cepat Mengasingkannya. Petua Menjaga
Kesegarannya Ialah Jika Memotong Perumpun Yang Panjang, Pastikan Ia Mula
Dipotong Dari Bahagian Ekor. Jika Ia Dipotong Dari Bahagian Kepala, Perumpun
Mudah Mati Dan Busuk. Penggunaan Surat Kabar Atau Kertas Yang Kering Juga Dapat
Membantu Kesegarannya Dengan Menukar Kertas Takungan Umpan Ini Setiap 2 Jam
Sekali. Elakkan Dari Terkena Air Hujan Atau Terdedah Dari Terik Panas Matahari.
Sebaiknya Letakkan Kain Atau Kertas Yang Lembab Bagi Menutup Perumpun.
Mencari Perumpun Pasir @ Laut
Caranya Mudah, Beli Sebiji Nenas Yang Masak Ranum,
Dan Anda Cuma Perlu Memerah Airnya Di Pasir Yang Anda Yakini Adanya Perumpun.
Mungkin Kerana Masam Air Nenas Ini Perumpun Dengan Sendiri Akan Muncul, Jadi
Anda Hanya Perlu Menariknya Keluar.
Kasut @ Selipar
Apabila Memancing Di Dalam Bot Atau Sampan, Jangan
Pakai Selipar Atau Kasut. Macamlah Kita Nak MAsuk Rumah Orang, Kenalah Buka
Kasut Atau Selipar. Ia Semacam Tanda Hormat Dan Adab. Nanti Ada Yang Kata
Bahaya Takut Tercucuk Duri Di Dalam Sampan Tapi ini Sepatutnya Tidak Berlaku
Jika Kita Mengutamakan Kebersihan Dan Keselesaan Ketika Memancing. Ada Juga
Beranggapan Benda-benda Di Bawah (Dalam Air) Tidak Suka Kepala Mereka Dipijak
Dengan Selipar Atau Kasut Yang Kotor.
Daun Ketapang
Jika Anda Gemar Membela Ikan Di Dalam Akuarium Dan
Didapati Ikan Peliharaan Anda Tidak Sihat, Seperti Luka Atau Sisik Reput, Cuba
Masukkan Sehelai Daun Ketapang, Sesungguhnya Ia Adalah Sumber Perubatan Kepada
Ikan.
Langkah Batang Pancing
Petua Ini Menjadi Ikutan Ramai Pemancing Hingga Ke
Hari Ini. Pantang Larang Agar Batang Pancing Tidak Dilangkah Adakalanya Menjadi
Satu Medan Pertengkaran Sesama Rakan Pancing. Apa Yang Sering Dikatakan Batang
Pancing Akan 'Suwei" Apabila Kena Langkah Dan Hasil Tangkapan Akan
Meleset.
Kaki
Petua Ini Terutama Kepada Pemancing Yang Menaiki Bot
Atau Sampan. Elakkan Suka Menjuntaikan kaki Ke Dalam Air Semasa Memancing Atau
Berehat. Perlu Diberitahu Tapak Kaki Kita Akan Kelihatan Putih Semasa Di Dalam
Air Dan Amat Menarik Perhatian Ikan Seperti Jerung Atau Buaya Untuk
Menyambarnya.
Meludah Umpan
Petua Ini Turut Menjadi Amalan Sehingga Kini. Ada
Yang Melakukan Pada Umpan Yang Pertama Di Dalam Aktiviti Memancing Dan Ada Yang
Sentiasa Meludah Setiap Kali Menukar Umpan Baru. Ada Yang Beranggapan Untuk Isyarat
Membuang 'Suwei' Dan Ada Yang Kata Sebagai Daya Penarik Bagi Ikan Ataupun
Udang.
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik Sahaja Terkena Sengatan Gigi Ikan Seperti Ikan
Jenahak, Malong Dan Sebagainya Di Anggota Badan Terutama Jari, Cepat-cepat Cedok
Air Laut Tempat Anda Memancing Dengan Tangan Kanan Dan Titiskan Ke Dalam Mulut
Dan Telan Sedikit Air Tersebut. Rasa Bisa Serta Denyutan Akan Berkurangan Dan
Bolehlah Sapu Apa-apa Ubat Yang Sesuai Selepas Itu.