seringkali saya terdengar rungutan dari kaum hawa
dimana suami keluar memancing ketika isteri hamil. ada juga isteri yang
melarang suami keluar memancing ketika isteri hamil dengan memberikan pelbagai alasan
antaranya ialah ‘kenan’. disini saya ingin berkongsi sedikit info yang saya
perolehi untuk renungan kita bersama.
Kepercayaan Melarang Suami Memancing Apabila Isteri
Mengandung Sudah Menjadi Satu Daripada Budaya Masyarakat Melayu Sejak Berzaman
Dulu Lagi. Kepercayaan Itu Sengaja Diadakan Oleh Isteri Serta Keluarga
Kedua-dua Belah Pihak. Larangan Supaya Suami Tidak Turun Memancing Ketika
Isteri Hamil Adalah Kerana Bimbang Bayi Yang Bakal Lahir Akan Mendapat
Kecacatan Seperti Mulut Sumbing, Badan Bersisik Ataupun Ada Tabiat Menyukai Air
Dan Pelbagai Lagi Gambaran Atau Andaian Buruk Yang Semata-mata Untuk Menakutkan
Suami.
Larangan Ini Terus Dipercayai Oleh Mereka Yang
Benar-benar Bimbang Kelahiran Anak Pertama Mendapat Cacat. Tetapi Bagaimana
Dengan Nelayan Yang Bergantung Hidup Sepenuhnya Pada Hasil Tangkapan Atau Hasil
Pancingan Ikan Di Laut, Sungai Mahupun Tasik? Apakah Mereka Turut Tidak Turun
Ke Laut Sepanjang Tempoh Isteri Hamil? Nelayan Yang Tidak Mempercayai
Kepercayaan Ini Menyerahkan Takdir Ini Kepada Allah S.W.T. Nelayan Terus Turun
Ke Laut Untuk Mencari Rezeki Walaupun Isteri Berbadan Dua Atau Hamil Dan Alhamdulillah
Bayi Yang Lahir Berasa Dalam Keadaan Cukup Sifat. Justeru Hakikat Ini Tidak
Harus Dijadikan Amalan Untuk Menghalang Suami Turun Ke Laut Mencari Rezeki.
Namun Ada Kepercayaan Berikutan Berlaku Kelahiran
Bayi Cacat Seperti Sumbing Bibir Kerana Suami Dikatakan Mengoyak Mulut Ikan
Ketika Mengeluarkan Mata Kail Lalu Cerita Itu Dikaitkan Dengan Kecacatan Anak
Yang Lahir Itu Sebagai Bukti Yang Terus Dipercayai Hingga Hari Ini. Ternyata
Segala Kepercayaan Karut Ini Tidak Berasas. Mempercayainya Boleh Menjadikan
Kita Syirik Kepada Allah. Segalanya Yang Berlaku Adalah Kuasa Dan Takdir Allah
S.W.T
Untuk Itu Sebagai Umat Islam Kita Harus Menyedari
Bahawa Allah Tidak Menghalang Hamba-Nya Keluar Mencari Rezeki Yang Halal
Walaupun Dalam Keadaan Isteri Sedang Hamil. Cuma Atas Rasa Simpati Jika Mahu
Diterjemahkan Sebagai Kasih Sayang Pasangan Suami Isteri, Maka Suami Akan Terus
Berada Di Samping Isteri Pada Saat-saat Diperlukan. Perasaan Kasih Sayang
Begini Juga Dituntut Oleh Agama Dan Mendpat Pahala Dari Allah S.W.T. Namun Itu
Juga Bukanlah Satu Petua Yang Terus Menghalang Suami Keluar Memancing Ketika
Isteri Sedang Hamil. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.
No comments:
Post a Comment