Terdapat ramai dikalangan pemancing amatur yang masih belum cuba memancing laut dengan
menaiki bot atau sampan dan kebiasaanya alasan yang mereka berikan adalah takut
mabuk laut. Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips cara mengatas dan
merawat mabuk laut. Semua tips ini saya perolehi daripada beberapa kaki pancing
yang sering turun ke laut untuk mencari ikan gred AAA. Salah seorang yang
memberikan tips ini adalah pakcik isteri saya yang mesra dengan panggilan ‘Wah
Din’ yang tinggal di Ipoh Perak.
Mengatasi Mabuk Laut.
Sebelum
menyertai sesuatu trip memancing, pastikan mendapat tidur yang cukup (Minimum 5
Jam)
Jangan Lupa
Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan
Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat
Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
Ubat-ubatan
Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu
Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
Semasa Di
Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana
Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau
Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
Cuba Hindari
Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil
Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
Bawalah
Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu
Mengeluarkan Angin Dari Badan.
Satu Lagi
Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
Jika Sudah Merasa
Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan
Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
Apabila
Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik
Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.
Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk
Mula-mula
Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian
Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
Mangsa Perlu
Diberi Minum Air Masak atau Mineral Dengan Banyak Agar Dapat Melegakan
Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan
Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah.
Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
Dengan Cara
Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia
Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan
Yang Perlu Dilakukan
Rakan Yang
Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan
Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
Langkah
Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau
Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat,
Pastikan Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan
Lebih Memudaratkan.
Usahakan
Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, In Sya Allah
Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan
Aktiviti Memancing.
No comments:
Post a Comment